(3)
Seni Persembahan (Klik sini)
(a) Konsep dan kreativiti
Konsep:
1. Menekankan prinsip mudah di fahami, ringkas dan perkataan
berulang-ulang
2. Menekankan penglibatan semua peringkat umur
murid. Persembahan meliputi tiga peringkat umur
iaitu
- Murid pendidikan khas
- Murid prasekolah
- Murid aliran perdana
Kreativiti:
Murid pendidikan khas perlu dilibatkan
kerana mereka sekurang-kurangnya perlu tahu perkara asas tentang nyamuk aedes
dan penyakit demam denggi yang dibawa. Penghafalan ayat-ayat tertentu dalam
lirik lagu yang dinyanyikan berulang-ulang semasa latihan dan semasa rakaman
video sebenar diharap dapat diingati dan menjadi kelaziman mereka agar dapat
mengenal nyamuk aedes dan penyakit demam denggi.
Penglibatan pelajar prasekolah
pula sesuai dengan kata pepatah ‘melentur buluh biar daripada rebung’. Hal ini
bermakna bahawa pengajaran berulang ulang di samping semasa sesi latihan
diharap dapat diterapkan dalam minda murid yang masih ‘rebung’ ini agar
menjadikan sikap benci dan berusaha memerangi aedes dan denggi akan terus
diterap dalam kehidupan kanak-kanak, remaja, alam dewasa sehinggalah usia tua.
Pada masa yang sama, belum
terlambat untuk menerapkan tentang bahaya
aedes dan denggi pada murid aliran perdana iaitu daripada darjah 1
hingga 6. Di samping itu, persembahan public speaking membiasakan pelajar dengan
istilah-istilah penting dalam bahasa inggeris berkaitan nyamuk aedes dan
denggi.
(b) Jangkauan (Bil. Pelajar terlibat)
Pada keseluruhannya, seramai 548 dan
sekurang-kurangnya 28 daripada 57 orang guru telah dilibatkan dalam persembahan
iaitu sekurang-kurangnya sebagai penonton. Walaupun mereka tidak terlibat
secara langsung namun oleh kerana daripada tumpuan sepanjang persembahan para
pelajar turut sama memahami mesej mudah yang dibawa dalam persembahan iaitu
berkisar tentang bahaya nyamuk aedes dan penyakit demam denggi, seterusnya cara
menghapuskan nyamuk aedes. Bgi mempastikan tumpuan murid-murid, penyelaras
turut menyediakan hadiah bagi soalan-soalan kuiz yang diajukan selepas setiap
kali persembahan. Hal ini bertujuan mengekalkan fokus dan mesej diselami oleh
murid-murid.
Persembahan
murid pendidikan khas
Jumlah pelajar yang terlibat dalam persembahan
sermai 38 orang dan membuat persembahan 17 orang. Walaupun dalam senarai
simpanan tetapi semasa latihan semua murid terlibat sama termasuk
Persembahan
murid pra sekolah
Bagi murid Prasekolah, jumlah yang terlibat di
atas pentas semasa persembahan adalah seramai 11 orang namun semasa latihan
seramai 48 orang murid terlibat. Objektif utama untuk mempastikan keterlibatan
semua murid-murid seterusnya mempertingkatkan penghayatan tentang bahaya nyamuk
aedes kerana menyebabkan denggi dan cara melindungi diri daripada nyamuk aedes.
Kesemua elemen ini ditunjukkan dalam persembahan yang ringkas tetapi padat dan
mudah difahami oleh murid-murid seusia 4 hingga 6 tahun.
Persembahan
murid aliran perdana
(1) Seramai 24 orang murid terlibat dalam
persembahan koir dengan 5 daripadanya sebagai rezab.
(2) Bagi persembahan Tarian ‘fight dengue’ 26 orang
terlibat dalam persembahan.
(3) Bagi persembahan ‘public speaking’ hanya
seorang murid yang terlibat.
(c) Kawasan Jangkauan (Bil. Individu
terlibat)
548 orang murid SK. Kukusan dan 67 orang guru
termasuk staf menyanyi bersama lagu tema ‘tiada aedes, tiada denggi, di dewan pada hari perasmian penutupan yang
dirasmikan oleh Datuk Hjh. Hamisah Samad. 150 pelajar daripada sekolah daerah
Tawau iaitu daripada SRJKC Yuk Chin, SK. Jambatan Putih dan SK. St. Patrick
Tawau. Turut sama ada guru pengiring seramai 8 orang.
(d) Pemaparan alat bahan bantu yang
dibekalkan Sanofi
Latar belakang pentas kain rentang ‘dengue patrol’
peringkat kebangsaan yang mengandungi logo sanofi termasuk kain rentang rasmi
yang dibekalkan oleh Sanofi iaitu ‘Misi Gempur Denggi’
*Persembahan Khas*
Lagu tema sekolah SK. Kukusan untuk kempen Misi Gempur Denggi
(Lagu & lirik hak cipta SK. Kukusan)
*Persembahan Khas*
Lagu tema sekolah SK. Kukusan untuk kempen Misi Gempur Denggi
(Lagu & lirik hak cipta SK. Kukusan)
Post a Comment